Friday, June 24, 2022

When I Least Expected It

Aku masih tak sempat nak update secara best.

Aku just nak bagitau, aku dah dapat date nikah!

Asalnya plan 2 Julai 2022 tau. Tetiba kakak yang rapat dengan aku, Aju, dapat panggilan haji last minute... Dia dahla orang kuat untuk majlis aku nanti. Dan majlis nanti pun nak buat kat umah dia. So memang dia takde time kenduri aku 23 Julai nanti.. Sedih gila.

So time nikah aku nak sempatkan sebelum dia berangkat 1 Julai nanti.

So semalam, Khamis 23 Jun baru lengkap dokumen nikah aku n baru kakak aku Kak Da tolong submitkan ke pejabat agama. Aku berapa kali ulang mintak Kak Da tolong nego ngan pegawai supaya dapat date nikah cepat. Sebab ikutkan lepas hantar borang tu, processing dalam tempoh 3-4 hari.

Sekaliiiii pegawai tu cakap, "Puan kalau nak nikah esok pun boleh.. Cuma takut tak sempat apply cuti je la.." Wahaha gila btollll, lajusss!! So long story short, dapat la nikah Ahad ni 26 Jun, 3 pm. Fuhhhhh! Auto nervous oiiiiiii!

Aku punyela risau tersangkut sebab dokumen tak cukup itu ini... Kalau isi online form e-munakahat tu macam-macam dia mintak. Sijil nikah mak bapak. Sijil mati datuk. Mana ada dah semua tu. Dorang ckp kena gi JPN la untuk sah kan. Kena gi penguatkuasa sumpah la. Aku try check dengan kawan aku orang JPN, bayangkan la IC baru ayah aku pun takde dalam sistem. IC lama dia je ada dalam rekod. Orang JPN tu cakap, rasanya kalau zaman atok aku ni, masih guna Kad Beras. Haa Kad Beras?? Kau hade? Tak pernah dengar okay. Rasanya kad beras ni orang dulu-dulu ada untuk dapatkan beras agaknya..

So kesimpulannya memang takkan ada dalam rekod JPN la. Sebab ikut IC ayah aku pun, dia lahir tahun 1931. Dah tu atok aku mesti lahir paling kurang tahun 1911 ke kan. Takde rekod dah.. Orang JPN cakap rekod kat JPN yang lengkap banyak yang tahun 1940-an ke atas je. Bawah dari tu banyak rekod tak lengkap termasuk rekod ayah aku.

So, kat pejabat agama, kakak aku Kak Da kena angkat sumpah syarie depan pegawai. Kiranya buat keterangan bersumpah yang keterangan tu semua betul, supaya takde isu akad nikah tak sah nanti. Lepas tu semua urusan lancar je.. Dia kata seram pulak masa memula ikut pegawai tu baca, "wallahi wabillahi watallahi.." Kak Da kata banyak kali dia baca Rabbi Yassir Wa La Tuassir harap takde sangkut apa-apa dokument... Memang mudah urusan semalam.

So aku update sini niatnya partly as a reference untuk future bride yang ada issue sama macam aku. Sebab blog ni aku tengok masih banyak view utk post-post berkaitan perkahwinan. Kalau korang perempuan yang nak nikah dan takde bapak dah, pastu nak abang jadi wali, kena lampirkan sijil mati ayah dan datuk. Kalau sijil mati datuk dah takde jangan risau. Family (adik beradik) boleh angkat sumpah syarie ni.

Pastu dia mintak sijil nikah mak ayah jugak. Time kakak aku dulu, pegawai pejabat agama memang suruh pegi Kuala Terengganu untuk cuba cari rekod perkahwinan mak ayah aku yang dah berapa kurun tu tau. Memang takde la. Sebbaik time aku ni dia tau benda tu dah AGES ago so memang dah takdelaa... So takdela dia paksa soh bagi dokumen apa-apa, just angkat sumpah syarie tu je. Pegi JPN pun takyah. Alhamdulillah dapat pegawai yang memudahkan.

So... Wish me luck Ahad nih! Lusa je ni!! Aku balik Kuantan lepas habis keje harini dengan anak sedara aku. Aku belum bagitau Babah Yam lagi ni. Semua soh bagitau dia siap-siap huhuuu. Aku rasa aku bagitau esok. Tunggu hari dia tak bekerja sebab takut mood dia terganggu pulak kalau hari bekerja. Penat pk nak karang ayat cemana..

So next week status aku dah bertukar! Doakan jodoh aku kali ni sampai syurga please! Takutttt nak hidup dengan lelaki semula kalau ikutkan. Rasa nak lari semua ada ni wahahahaha tolongggg!






You know you love me! XOXO,
-Scha

Monday, June 20, 2022

Sayang Turned Ex

Semalam Izal spam message aku. Dia hantar 67 stickers. Semua stickers marah-marah. Tak pernah-pernah camtu. Datang gila dia la tu. Perangai macam budak-budak main spam-spam pulak.

Dia tak tau aku dah off notification dari dia. Kalau tak, non stop bunyi fon tu tetengah malam tadi. Aku geram aku reply sebaris je pagi tadi - "Ijai gila".

Pastu dia reply.

"Suka hati kata org gila
Mentang-mentang dah nak kawen
Ada bf baru diam-diam
Buat seronok"


"Dah spam msg kot
Memang gila la 5 tahun lebih bercinta taknak kawen
Dah ada orang lain cakap je la.. Bukan orang takleh terima. Ni dia buat diam"


Sapa yang ada orang lain!

"Abglaaa
Nape hilang 5 bulan
Nape tak call
Nape berubah?? Janji nak sampai bila-bila dengan Syg!!
Nak buat jadi spare part je baik takyah"


"Cakap elok-elok sikit ya
Cakap elok sikit"

Sebelum tu dia dok ulang tahniah, tahniah kat aku. Aku geram aku jawab, "Terima kasih ex ku." Pastu dia start main-main sticker marah-marah. Bila aku diam tak reply tu yg dia spam sticker bebanyak. Geram betullaaaaaa!

Itulah perangai Izal. Tak pernah boleh discuss. Bukan nak discuss elok-elok dengan aku. Sampai ke sudah aku tatau apa cite dia hilang 5 bulan tu. So nak tunggu lagi orang macam tu? Dia ingat aku tunggul? Selama ni aku sabar dan setia, dia ingat aku akan selamanya sabar dan setia? Kot tak kerana ko tu hensem dan baik, dah lama aku angkat kaki.

Padahal aku ni bukan jenis tak rasional punya orang. Dah terlebih matang kot bkn macam waktu muda-muda dulu. Aku sedia je nak dengar explanation dia, tapi sampai ke sudah dia buat tak reti. Terlalu bersangka baik pun payah. Ija cakap, "Anda ni dah macam-macam dia buat kat anda pun anda masih nak pikir baik pasal dia." Yelaa selama ni aku sentiasa bagi excuse kat dia sebab memikirkan nature of his job tu. Tambah-tambah masa baru kenal 5 tahun + dulu tu dia ckp dia tak pernah kekal lama dengan girlfriend dia sebab dorang tak paham keje dia.

Aku malu sangat-sangat sebenarnya nak cerita yang Izal buat camni kat aku. Aku ingat nak tinggal terus blog ni haritu. Tapi ada time aku rasa nak kongsi dan meluah kat sini. Itu yang aku update semula. Cemana aku bleh bodoh sangat percaya dia selama ni? Aku ni dah tua la, tak sesuai dah nak heartbroken bagai ni. Banyak sangat red flags I chose to ignore sebab dah sayang sangat.

Skang kat Yam pun walaupun kecik lagi aku selalu dok ulang, "Jangan salah pilih laki dik.. Merana seumur hidup. Bawak sampai ke mati." Sebab dia selalu jadi saksi aku menangis kat dapur, bangun tidur, takde angin takde ribut tetiba menangis, mcm org gila for the first few months tu. In fact lepas setahun ni pon aku rasa tak okay lagi. Sampailah aku kenal bakal suami ni aku rasa barula improve sikit level kewarasan aku tu. Sebab dia baik sangat-sangat kat aku. Dah la encem hihi.

Izal camtula, dengan ego setinggi langit dia tu, dengan tak pernah mintak maafnya, walaupun aku bagi ruang dan peluang sekian lama dah. Eh sakitlah cerita pasal dia ni. Malas nak ingat. Baik aku cite pasal bakal suami tu kan. Nantila aku cite pasal dia..





You know you love me! XOXO,
-Scha

Wednesday, June 15, 2022

Strangers Again

Lama dah aku janji nak update kan. Tapi tak update-update.

Harini, baru jap tadi aku rasa sedih sangat.

Aku message Izal tadi, "Abang, lepas ni kita tak boleh message dah."
Izal jawab, "Awat? Pasai apa?"
"Sayang dah nak nikah.."
"Whattttt???? Dengan sapa?"
"Dengan orang yang Sayang kenal tahun ni. So lepas ni takdelah Sayang ganggu Abang dah.."

Pastu dia diam sampai sekarang.

******************************************

Aku yang nak kawen kan. Tapi aku yang lebih sedih dalam cerita ini dah kenapa..

Banyak yang dah jadi since dia MIA haritu. Yang pasti aku dah banyak menderita. Nasib baik ada kawan-kawan baik as support system. Allah je la dapat balas jasa dorang kat aku.. Banyak sangat jasa dorang. Kalau tak mau gila dah aku mengadap perangai Izal ni.

Aku dah tak mau tunggu dia. 5 tahun lebih dah. Umur pun bukan makin muda. Dia ada balik Malaysia bulan puasa baru ni. Tapi sayangnya masih takde discuss pasal future kitorang. Aku give up.

So rasanya dah sampai masa untuk aku move on..



You know you love me! XOXO,
-Scha