Tuesday, September 29, 2020

I Could Spend My Whole Life Getting Over You

Aku ingat lagi lepas je Aidee pergi lepas dia mengaku kat aku tu, aku terus call Mas dan dia sama menangis bila aku cerita kat dia apa yang jadi.

"Awak, sakit... Nak semua ni berputar balik, menyesal kenal dia..", aku bagitau Mas.

"Ya awak sakitnya.. Saya faham awak.."

"Biarlah ni kali pertama dan terakhir saya dengan suami orang. Lepas ni selagi diorang ni tak betul-betul settle dengan wife dorang, jangan layan, tak kiralah kat mulut diorang cakap apa, jangan cepat percaya.."

"Betul awak, ya Allah takutnya saya kalau Zack macam Aidee.."

We were in the same shoes. Dia jadi sama risau yang boyfriend dia Zack akan buat benda yang sama kat dia. Dia jadi tak percaya. Maklumlah laki kan, gaya macam dah benci sangat kat bini tu, tapi nanti malam-malam bini tu jugak yang dicari dalam kesangapan.

Honestly I lost control sebab aku tak sangka langsung Aidee akan buat macam tu considering how much he despised his wife. Dia selalu cakap kalau dia tinggalkan wife dia, mesti takde sesape nakkan wife dia tu. Sedap je mulut kan, macamla dia tu helok sangat nak kutuk-kutuk orang macam tu. Elok ke tak elok wife ko tu, ko gak yang dah pilih dia jadi wife dulu kan.

So lepas kejadian tu, kitorang macam biasa semula. At least dia nampak aku kembali macam biasa dengan dia kan, tapi dalam hati ni dia tak nampak dah jadi macam mana. Aku perlahan-lahan kuatkan diri dan nanti sampai masanya, aku akan pergi.

Aku memang tak boleh mengejut tinggalkan dia. Bukan sebab dia, tapi sebab diri sendiri. Aku tak mampu sebab aku sangat attached emotionally dengan dia. Aku tau aku ni bukanlah bodoh mana walaupun nampak bengong semacam macam kena mandrem kalau dengan dia. Jadi cara aku untuk berpisah dengan dia tu, i shall say, berstrategi.

Mula-mula aku groupkan semua gambar dia dalam satu folder then aku hidekan dekat satu encrypted folder Hidden Cabinet, time tu phone ASUS. Kalau dalam phone Huawei sekarang dia panggil Private Space. Not exactly sama tapi something similar. Aku letak situ supaya aku takdela dok ulang belek Gallery tengok gambar dia n berangan manjang tetiap kali rindu kan. Aku nak slowly lupa dia.

Next, aku tukar nama dia kat Contacts aku daripada 'Daddy' kepada 'Aidee'. Nampak kecik je step ni tapi sebenarnya untuk sentiasa remind me that I have to get over him, setiap kali dia call.

Pastu, aku kurangkan balik Kuantan untuk jumpa dia.

Aku jugak stop cakap sayang dan rindu dia dan tahan diri dari tanya dia, "Daddy rindu Mama tak? Daddy sayang Mama tak?". Dah stop semua tu. Dia memang bukan jenis tanya aku pun aku sayang dia ke tak. Dan dia pun bukan jenis lelaki yang meluah sangat ke apa. Jadi step ni macam tak bagi kesan pun kat dia kot..

Dan finally, aku tau it takes another man to get over a man. Aku mula blind date sana-sini. Berkawan dengan beberapa orang. Antaranya, aku rapat dengan sorang laki yang jauhhhhh muda dari aku, nama dia Zul, malu nak ngaku ni, tapi dia muda 14 tahun dari aku! Hahahaha gila betul. Boleh rapat ni pun sebab dia yg bersungguh nak rapat. Aku pun sedar diri la akan age gap torsobut, so sekerat jalan je la. Walaupun dia sampai sekarang pun, once in a while dia ada tegur aku kat wassap, tapi aku ignore je la memikirkan tak ke mana pun dengan dia.

Lepas tu aku kawan dengan seorang lelaki yg dah tinggal asing dengan wife dia, nama Zul jugak, so kasi nama Zul2 kat dia. 😁 Pun sekerat jalan sebab dia masih ada wife kan. Seterusnya dengan sorang lagi nama M, duda tapi nampak hasty sangat. Memang la aku nak segera kawen tapi kenala kenal2 jugak kan at least. Pastu dia agak memboringkan dan predictable sangat, jadi aku pun slowly ghosting la. Pastu dengan Wak, ex husband kawan aku yang aku kenal since dia jadi customer aku. Sorang lagi nama Shah, dia ni suami orang anak 4 kot tapi mengaku bujang putus tunang! Kuajaq btol.. Last2 aku jauhkan diri gitu je la tanpa bagitau dia aku dah tau dia suami orang. Biarlah dia.

Macam biasala aku ni cepat click ngan Gemini. Shah Gemini, Wak Gemini, Zul2 pun Gemini, tapi tuhla last2 habis gitu je semua tu. Semua takde tinggal footprints sangat pun dalam hidup aku. Not worth mentioning pun kat sini tapi aku just nak cerita usaha-usaha aku dalam nak melupakan Aidee tu la.. 😎

Desperate betul aku nak melarikan diri dari Aidee kan? I guess masa tu aku lebih pada sunyi dan nak berteman. Yam masa tu selang 2 minggu dengan ex, 2 minggu dengan aku, jadi boleh tahan nak gila la aku time Yam takde tu.. Sebab aku tak biasa berpisah tido dengan dia. Memang always dengan aku sebelum tu.. 😔

So lelaki-lelaki yang ada time tu lebih pada filler je untuk mengisi masa aku. Takde perasaan sangat, cuma ala-ala crush gitu je la. Dengan Izal pun macam tu, tengok gambar dia pun aku rasa macam bukan taste aku sangat, tapi aku perasan bila aku cakap kat dia aku keluar dengan lelaki tu, dengan lelaki ni, dia mula tunjuk dia sentap.

"Ingat elok sangat perempuan keluar dengan lelaki malam-malam camni?", antara ayat dia. Aku macam, aik? Ingatkan dia ni jenis open sebab pernah kawen mat salleh kan. Tapi tidak ya.. Aku pulak rasa macam takde apa pun keluar malam sebab aku memang jenis prefer night over day time sebab siang panas. Tu je... Hihi. Lagipun keluar takat gi makan n tengok wayang je pun..

"Belajar sikit jaga perasaan orang boleh tak?", dia sound aku bila aku citer kat dia aku kuar sana sini. Lagi sekali aku macam aik? Nape nak memarah, bukan ko flirt je ke ngan aku? Lagipun dia ni kejap ada kejap takde macam biskut dek kerja dia kan. Jadi aku ingat dia tak serious. Dan aku tak take dia seriously.

"I kat sini takde keluar dengan sesiapa pun tau..", sampai kat ayat ni aku macam baru tersedar. Sebab macam selama ni main-main je ngan dia takde serious. Aku ingat dia pun sama.. Dan aku fikir dengan muka dia ala gangster tu takkanla dia serious ngan aku kan. Aku macam fokus sangat nak pergi dari Aidee sampai aku tak sedar yang ada hati yg terluka sepanjang perjalanan aku tu.. Cewahhh.

Satu hari tu aku eksyen sangat dengan dia. Dia memarah aku keluar dengan orang lain. Aku cakap, "I single lagi kan? Nape tak boleh keluar dengan orang lain pulak?", aku menjawab dengan dia.

Sekali dia jawab, "Okay, nak single sangat kannnn? I biar u single sekarang." Pastu dia diam dengan aku. Aku macam ek elle pehal mamat ni.. Declare tak, apa tak, tetiba nak bagi orang single plakk. 😆 Tapi tak lama pastu, barula aku rasa terpukul gitu. Macam, eh sunyinya bila dia ni takde..

"Youuuuu, I mintak maaf... I tak sepatutnya cakap camtu kat u haritu.. Bila u takde ni barula rasa lain macam sangat.."

"Ooh baru rasa camtula? Sebelum ni tak?"

"Sebelum ni ada.. Tapi macam, entah. Ni dok teringat u je. Tengah nak tido nanges, tengah drive nanges.."

"Ooh ada perasaan pun, ingatkan takde.."

"😭".

So since haritu kitorang berbaik semula dan start makin rapat..

Episod seterusnya aku akan ceritakan pasal apa yang jadi kat Aidee lepas dia tau pasal Izal.. Apa dia ingat dia sorang je bleh madukan aku? Aku takleh madukan dia? 😑 Silap besar lah kalau dia nampak aku lembik sangat dan akan menurut je setiap rancangan dia tu.. 😕

"Kalau Mama nak kat Daddy, Mama kena ikut cara daddy.", kata Aidee suatu ketika dulu yang masih terngiang-ngiang di telingaku.




You know you love me! XOXO,
-Scha

2 comments:

aisha said...

ahhhhhh di manaaaaa keadilannn... nak tunggu sambung punya lamaaa....

kalau novel ni, beli dah terus buku.. tak tunggu daahhh

gadis jumaat said...

Ni pun kira cepat sambung ni 😁 Thanks for tuning in! ðŸĪŠ