Sebenarnye 888th follower tu bukan someone famous pon... Dan Inaz, bukan Shaheizy Sam tau! Hahaaaa kelakar... Tapi someone yang bermakna sangat untuk aku! Nama bliau Azli, dia producer untuk program Wanita Hari Ini! Hahaaaa ok so dah tau hala tuju cerita ini skang kan? :D
Aku rasa senang bekerjasama dengan Azli ni, people-person sgt dia nih. Sms semua dia layan. The kind of person yang bile kite jumpe 1st time terus rasa okay. Dia kata dah lama jumpe blog aku nih taim dia gugel for something... Then dia btol2 tertarik dengan design button badges aku. Tapi sbb time bulan puasa n raya format WHI ditukar sket so takde segmen kraf, so right after raya barulah dia bleh invite aku untuk jadi guest dalam WHI...
Tapi before raya lagi dia dah contact aku laa tanya interested tak nak masuk Wanita Hari Ini? Ofkos nakkkk aku cakap. Hahaaa... Punyelaahhh simpan sendiri je n bagitau kat family n bestfriends je, sebab takut tak jadi... Kang malu sekampung hehe. So simpan je laa untuk diri sendiri walaupun dalam hati bagai nak meletup, kerna meluap2 nak citer gahahaaaa... :D
Tapi mmg patut aku tak citer pon, sebab memula dia invite aku jadi guest untuk segmen kraf tu on the 14th (14/9/11) tapi tak jadi. Ingatkan tak jadi terus... Tapi last2 dia invite untuk 19hb 9 punye yakni smalam.
Kalau nak tengok gambar lagi, sile pegi kat facebook je: http://www.facebook.com/gadisjumaat sbb internet aku masih slow gilerrrr untuk aplod photo... Video pon sampai skang tak dapat nak aplod :(
Memule aku nak setup barang2 aku kat studio, n memule jumpe dua2 hosts di atas, dorang nampak sombong sikit n tak berapa friendly. Maybe sebab dorang sibuk short rehearsal sesama sendiri time tu, so dah tak berapa nak peduli pasal orang lain. Tapi lepas tu bila Azli sendiri yang kenalkan aku n broke the ice, then tunjuk buttons yang aku buat untuk dorang - ada cartoon n nama dorang - dorang terus went all bubbly n start camwhore dengan buttons tu hahaha...
Puas hati...
Bile dah habis on air pon, dorang sibuk mintak aku buatkan bookmarks untuk diorang daripada items yang aku sediakan untuk demo, n ada crew pon mintak bookmarks tu dengan aku. :)
All I wanna say is it was really an 8-minutes fame.. Right after the show aku dihujani SMS, emails, notifications kat page gadis jumaat (GJ) n personal facebook aku, semua tanya macam2... Jumlah orang yg like page Gadis Jumaat daripada 1000 meningkat naik 1500 dalam masa 2 jam. Skang dah ada dalam 1800 dah and the number is still growing. Notifications pon sama... Best giler okkk, macam buat advertising... Aku sempat tanya Azli, dia kata rating per day utk WHI dalam 600k viewers. Ramai tuuu for a weekday show!
The whole experience mmg bermakna giler2 untuk aku... Sbb itu kira testimoni yang cukup kuat untuk customers aku, so takde timbul persoalan 'bleh caya ke blog seller ni?' - things like that. So hopefully Allah buka lebih banyak rezeki aku, sbb aku masey jobless n aku tak rasa aku mampu nak buat keje ni full time pon... Sbb tu aku masey mencari keje skang nih.... :))
Okay! Tu je nak cite. Daaaa~~
xoxo,