Saturday, June 11, 2011

The Bitter Part.

Pernah tak bile tengok muka someone, kita terus dapat teka yang dia ni macam bermasalah je? Pernah tak? Tapi setakat teka je laa, tak semestinya btol kan...

Ada someone kat opis ni, aku tak sure dia orang Petronas ke iperintis, dari awal kenal aku rasa macam tu lah... Yang buat terkejut tadi bile aku dengar dia memarah kat fon time lunch hour, to someone yang aku rasa husband dia sendiri: "You boleh jangan ceramah tak? Setiap kali call pon nak ceramahhhhh je! Orang tengah banyak keje dia nak ceramahhh plak!" Fuhhh dubdab dubdab aku pasang telinga!

Tiba2 incik sayang call pulak.. Jadi tak dapat dengar ape dia cakap lagi. Rasa macam nak suruh incik sayang call back later pon ada! Hahaha punyelaa teruk...

Haritu pon aku penah dengar dia cakap kat tepon dengan bibik dia, memarah cakap, "Kamu pergi mana tadi? Saya tak suka kamu keluar rumah time saya takde, okay??", dengan suara tegas dia. Fuh...

Aku personally sangat against perempuan yang suka cakap kasar, apetah lagi mencarut2. Tak berkenan benor... Macam hilang segala kecantikan dia bila dia cakap macam tu.

Dalam citer Imam Muda pon aku tengok pasangan suami-isteri yg muka dorang diblurkan, punyelaa rancak bergado cakap AKU-KAU depan2 calon Imam Muda yang nak bagi kaunseling kat dorang. Aku serious takleh terima laa bile tengok benda2 camtu... Jadi sakit hati sangat.

Nape sampai boleh bergado camtu dengan orang yang kite sayang?

Memang lah masing2 ada amarah sendiri.. Tapi ishk. Speechless sungguh. Mintak Allah lindung aku ngan incik sayang daripada benda2 camni, cakap ikut lepas je camtu. Memang laa gaduh tu lumrah, marah2 pon lumrah, tapi takmo laa berperang mulut giler2 camtu... Walaupun tengah marah giler, kena ada sikittt lagi rasional at least, supaya tak cakap benda2 yang orang akan ingat seumo hidup, yang kite cuma akan regret later...

Pastu baru2 ni ada sorang blogger famous tu, dari gaya dia bercerita nampak macam dia dah bercerai je. Tapi tu laa, tak sure gak. Dahlaa bliau cun... T_T Aku takleh pk, cemana orang2 yang bercerai ni melalui hidup dorang yang baru? Buat rutin yang luar dari rutin biasa dorang, biasakan diri tak tengok muka yang sama setiap hari... Tak ke rasa luar biasa sangat tu? Pening bile pk... Patutlah tiang arasy sampai bergegar... Nauzubillahuminzalik!

Aku suke bile mak Hnszlkh cakap, walaupun suami bliau tu agak panas baran, tapi dia pernah cakap, walau terjadi apa pon, dia takkan lepaskan mak hanis. Jadi mak hanis pon somehow kena sesuaikan diri dia dengan apa jua keadaan, sebab dia tau walau dia buat cemana pon, dia takkan dilepaskan. So, baik dia usahakan supaya dia ngan husband dia bleh work things out jugak kan...


Bila benda2 camni jadi kat sekeliling aku, btol2 mengingatkan aku betapa temporary nye semua benda kat dunia ni. Stiap kali pegang muke incik sayang, tengok muka dia, I can't help but wonder, berapa lama lagi aku ada dia di samping aku? Berapa lama lagi dia akan okay bile aku pegang muke dia camni? Berapa lama lagi dia akan sayang aku camni? Atau berapa lama lagi aku akan sayang dia camni? *sobs*

Kalau bukan berpisah dunia pon,  mungkin berpisah nyawa pulak.. Main point kat sini, perpisahan itu satu kemestian.

Terbaik yang kite boleh buat, berusahalah untuk tunjuk betapa kita menghargai orang kesayangan kita sementara kita masih ada mereka ni. I learned my lesson the hard way when I lost my father, exactly 2 years ago...







Jaga diri & stay pretty!

xoxo,

Saturday, June 4, 2011

Pameran Kerja Kahwin 2011

Ewahhh tajuk yo-yo-an je! :D

Takde, takde... Nothing big. Macam yang aku cakap aritu, aku menempel je kat Pameran Kerja Kahwin kat Jalan Conlay tu... Tapi yang jadi excited apdet tetibe malam2 ni sbb terjumpe secebis gambar kat facebook kawan kepada akak coklat yang ada booth kat situ tu:


Chocolate wrapper dalam bakul tu design aku! Dan dalam album dan thank you tags tu sumer yang aku buat.. Haha seronot! Orang yang tak pernah join pameran, camnilaa eksaitednye. Skali masuk pameran rasa tersipu2 gitu hah hahhhh.... Aku tengah tunggu akak coklat tag gambar yg lebih clear nanti ni, skang bliau sibuk bercoti...


Ini plak sebahagian daripada latest order untuk customers aku:

Buttons ni bile dah siap kaler merah tu nampak bangkitt sangat, geram!



Yang ni plak thank you tags ngan chocolate wrappers.
Customerku request suruh ikut saiz chocbar cadbury yang paling kecik tu...


Ni, walaupun takde orang tanya, aku just nak bagitau... Sbb aku rasa ada beberapa orang yang indirectly tak pueh ati sbb barang2 yang aku jual tu bagi diorang tak murah. Ada yg direct je rekemen competitor aku kat potential customer aku.. T_T Kecikkk ati... Sebenarnye mmglah products aku tu aku tak aim to be the cheapest in the market, tapi takdelah paling mahal... Wasatiah gitu... Sebabnye, bile letak harga ni aku pk, aku nak keuntungan yang aku dapat tu cukup berbaloi untuk aku rasa ikhlas n seronok nak menyiapkannye... Takdelaa caj murah giler, last2 kerja pon ala-ala je sbb pk untung terlalu kecik... Macam sesetengah orang.

Nak buat pricing pon sebenarnye sangatttt mengamek masa bagi aku. Bukan simply bleh letakkk je... Kena survey harga competitor, cari supplier yang senang nak deal, pastu deal btol2 dengan supplier, dapatkan n fahamkan btol2 pricing dorang, barulaa bleh come out dengan final price aku sendiri. Sbb kalo terlalu murah, untung tak berbaloi dengan time spent. Kalau terlebih mahal plak, orang taknak beli. Sangat2 tricky okeh. Jadi last2 aku apply formula yg paling efektif yang aku tengok dalam one of the episodes in The Apprentice.. Formula rahsialahhh... :D

Lagipun aku ni bisnes mikro je, so aku lebih kepada middle person, bukan tokei, so ofkos aku tak dapat bagi harga paling murah di pasaran sbb aku takde laserjet printer or anything! Jadi harga aku bergantung pada supplier jualah adanye... Jadi, modal utama aku adalah designs yang aku buat, strategi utama adalah buat designs yang orang akan gerammmmm giler, lantas ingin terus mengorder! :D 

So tu lah dia, semuanya bergantung pada anda... Kalau berkenan dengan hasil kerja aku, besarrr tapak tangan aku menerima order. Tapi kalau tak  berkenan dengan harga (tapi berkenan ngan hasil kerja aku contohnye :P), marilah tawar menawar, ataupun silelah berdiam diri sahaja dan janganlah cuba mencampakkan pasir ke periuk nasik saya yg cinonet ini adanye... T_T

Oh last but not least: June Promo for Gadis Jumaat's Art Cetera!



Cepat order!! More info @ Gadis Jumaat's Facebook okeh! (^_^)



Jaga diri & stay pretty!

xoxo,