Thursday, January 15, 2009

Lagu Tentang Kawan Yang Bukan-Bukan

Ako dah nak kawen lusa. (Bukan akU aa, bace bebaik, sbb aku pun silap bace ayat sendrik. ) Selamat tinggal kekasey tak terungkap...

Bosan, keje tadek. Maka update blog sesambil 'dengar' cite kyle sbb nak bukak besar2 kang boss lalu, mau kene sack time tuh gak... Trr trr!

Baru ni aku ada download bunyi sungai lak utk simpanan time2 insomnia nanti. Hehe. Lately senang nak tido, tadek bergolek lama2 dah. Cuma aku nih jenis 'sayang' nak tido awal. Aku giler tengok tv ah ekceli, baru prasan. Tak kuar pon takpe janji tv ada cite bes. Nanti kalo umah aku kosong je tadek perabot takpe, janji ada astro.

Aritu aku ada masuk blog awex jomblo nih pastu aku terpukau jap ngan senikata puisi/lagu dalam utube yg dia letak. Korang KENE klik link tuh sbb tukang karut/nyanyi dia fynn jamal, aku suke tengok, penuh expresi ah time dia deklamasi/nyanyi tuh, macam ngah bercerita. Terkesima seketika.

Tentang Kawan-Kawan

Di mana kalian masa tahun baru?
Aku bersama teman-teman aku
Sebab aku rasakan tahun baru itu
Seharusnya disambut dengan orang-orang terkenal olehmu

Ada orang katakan “Hey Fynn, sudah glamer skarang
Bagaimana rasanya?
Aku katakan “Biasa je.

Biasa saja.

Sejujurnya aku ini bencikan dunia yang baru kurasakan
Sejujurnya aku rasakan dunia baru ini penuh manusia plastik saja

Kawan-kawan sana kata:
Hey, Fynn”, “Hai, hello. Sini!
Aku katakan:
Haa okaylah. Hehe. Apa khabar?

Semua tak faham
Semua kata “Hey sombongnya
Tapi ku katakan “Hey inilah Fynn sebenarnya

Berapa orang yang kau boleh bilang menjadi kawan, kawan?
Berapa orang yang boleh bersama-sama, teman?
Berapa orang yang kau rasakan memang sebenarnya kawan dalam jiwa?

Sebab sebenarnya berapa orang aja yg kita betul-betul kenal
Yang tahu apa makanan kegemaran
Yang tahu apa yang kau rasakan
Yang boleh tahu kau sedang menangis ketika kau sedang tersenyum

Berapa orang yang hilang bila kau katakan kawan, kawan?
Berapa orang yang kau boleh katakan teman?
Semuanya ketika ada duit saja
Ketika ada rumah, ketika ada segalanya

Berapa orang yang benar-benar kenal engkau?
Di luar, di dalam, siapa yang kenal engkau?
Hanya keluarga
Hanya satu dua tiga
Yang lain semua sampah belaka

Satu hari itu aku pergi sana
Lepas tu orang cakap:
Anak Pontianak! Anak Pontianak!
Aku katakan:
Bukan. Bukan. Bukan
Kemudian dia kata “Betulkan…?

Ku tak suka dunia baru ini, ku tak suka
Bukan kerna apa, bukan kerna kerek, tapi ku tak suka

Kerana berapa orang yang kau boleh bilang kawan?
Berapa orang yang kau boleh bilang teman?
Semuanya bohong belaka
Semua ketika ada duit saja
Ketika ada rumah

Hey kawan-kawan, berhati-hatilah
Kerana orang-orang itu semuanya hanya mengambil kesempatan
Mengambil keuntungan
Di waktu engkau senang
Di waktu engkau terbilang
Di waktu engkau rasa suka
Di waktu duka tiada

Hey kawan-kawan berhati-hatilah
Dunia penuh dengan, penuh dengan
Penuh dengan sampah
Penuh dengan sampah

Tahun baru ini kita katakan kita mahu berubah
Mahu berubah

Tapi berapa orang yang telah ambil inisiatif untuk memikir sepanjang tahun lalu apa ang telah kau lakukan
Bukan fikirkan ke depan!
Fikir apa yang dah terjadi
Muhasabah diri
Fikirkan apa dah jadi
Bukan sekadar mencari “Wah, ramainya kawan!

Percayalah kawan aku sudah berada di sana
Dan aku boleh katakan yang aku tak suka

Semua kata teman
Semua kata kawan
Tapi bila kau sedih
Tapi bila kau berduka

Tiada siapa yang mau duduk bersama
Semua berlari keluar pintu sana

Semua kata “bye bye
Padahal dulu “hai hai
Siapa mereka, kita takkan tahu siapa

Cubalah kau bersusah
Yang siapa meninggal bersama kamu itu kawan
Yang sudah pergi, bukan
Yang tinggal itu kawan
Yang pergi itu bukan
Yang tinggal itu kawan
Yang pergi itu bukan
Yang tinggal itu kawan
Yang pergi itu bukan
Yang tinggal itu kawan
Yang pergi itu bukan

Berhati-hatilah
Berhati-hatilah
Berhati-hatilah
Berhati-hatilah kawan-kawan

Ini tahun baru kita buka buku baru

Fikirkan masa dulu
Sekarang ini kamu fikirkan, kawan-kawan
Fikirkan kawan-kawan
Fikirkan kawan-kawan
Fikirkan kawan-kawan

Siapa kawan
Siapa lawan
Siapa kamu
Kenali dulu

Kenali diri kamu
Kenali diri kamu
Kenali diri kamu

Oh
Lalalalalalala

Ini lagu tentang kawan-kawan
Tentang kawan-kawan yang bukan-bukan

2 comments:

susheeqeen said...

psl tu la aku skang lebey ske wat pe2 sorg2..ye la nati mati pon sorg kan :)

aku x kate kenkwn yg ade kt skeliling aku ni jht@x gune etc yg -ve cume aku lebey sng lone ranger je skang ni..lgpon ramai da tawenn...ahahhh tawennn..bile ek?huhu..

girlfriday said...

Btol btol btol. Dulu rasa loser je sbb kurang kawan. Tapi bile tgk situ backstab, sana gado2, takpelah. Kawan ramai2 nih biasanye utk bersukaria je lagipun. Duniawi semata. Aku pun sama. Biarkan aku sendiri :P

Jangan kao sebut pasal tawen.... wahahahaha.