Monday, December 9, 2013

Sejuta Cinta Buat Ibunda..

Mak aku yang aku panggil Cik dah tinggalkan kitorang semua two Mondays ago on 25th November 2013.

Sedih sangat. Aku selalu terpk Cik akan sentiasa ada kat umah kat Kuantan tu sbb mmg dia sentiasa ada sebelum ni. Keluar dari umah nak berjalan ke mana2 pon mmg jarang sangat2. Cik survivor selama ni, entah berapa kali masuk hospital, icu, tapi Cik sentiasa selamat.

Mula-mula hari Jumaat (22/11) tu aku balik KL bila kakak aku cakap Cik separa koma. Aku stay sampai hari Ahad (24/12). Aku nampak Cik stabil walaupun tak sedar, jadi bila aku decide nak balik KL smula hari tu, aku mmg agak mak aku akan sembuh macam biasa.

Banyak kali aku rasa ralat, rasa menyesal nih sbb blah hari Ahad tu, sbb Cik meninggal the day after je, hari Isnin.. Napelaa aku tak tunggu... Tapi aku ingat aku buat decision tu sebab nak ikut cakap suami. Memanglah incik sayang tak paksa langsung, cuma aku taulah dia nak balik. Seriously mmg kitorg ingat Cik akan sembuh, tak terpk langsung Cik akan pergi... Walaupun mmglaa aku sedih sangat nak tinggalkan Cik dalam keadaan tak sedar macam tu.. Lepas Cik meninggal tu Incik sayang berapa kali mintak maaf, "Sorry B ajak Yayang balik kl.." Takpelah... Manalah tau sebab aku ikut kata suami ni Cik dapat portion pahala yg besar jugak... Manalah tau...

Tapi macam tu 'nasib' seorang mak kan? Bila anak perempuan yang dia jaga penuh kasih sayang dari kecik dah besar n kawen, dia kena mendahulukan suami jugak dari perempuan tua yang dah jaga dia dari kecik.. Cik selalu ingatkan aku pasal tu, yang kena sentiasa dahulukan suami daripada dia. Aku bukan pertikaikan hukum Allah.. Aku cuma selalu terpk macam tu bila dah ada Maryam ni.

Yang terngiang-ngiang dalam kotak fikiran aku sekarang, perbualan terakhir aku kat telefon dengan Cik, Cik macam biasa mesti tanya bila aku nak balik Kuantan?

Aku cakap insyaAllah hujung bulan nanti..

Cik cakap, "Tak tahulah Cik sempat jumpa ke tidak.."

Aku cakap, "Sempat... Mesti sempat."

Bila aku balik jenguk Cik yang tengah sakit tu aku memang teringat-ingat kata-kata dia yang tu.. Tapi aku ingat Allah takkan ambik Cik lagi.. Aku ingat Cik salah... :(

Nantilah aku sambung lagi when the time comes... Malaslah nak basah2 kat opis nih nanti jadi scene pulak.. :(


Jaga diri & stay pretty!

xoxo,