Friday, November 25, 2011

♥ Hamis Jalikha ♥

I mean who doesn't love her and her writings? (>.<)

Oleh kerna saya amat mencintai HJ, blog mak n kekadang adik n kakak dia semua aku baca. So one day, aku baca entri mak dia pasal kakak HJ nak kawen. Terus ting!! Keluar mentol atas kapla. Ini peluang nak melebarkan sayap ni.... Dan peluang nak kenal HJ in person ngeh2.

So apalagi, aku terus kontek Kekna (kakak HJ) and cc sama mak dia. Rupanya mak dia yg respond dulu. Aku tanya dia berminat tak kalau aku nak sponsor benda kecik je, tags je pon, pastu aku tinggalkan link to pesbuk gadisjumaat untuk dia cekidaut.

Skali mak dia cakap, "Alhamdulillah, terima kasih sangat... Kita memang cari benda2 yang unik2 ni..." Humble giler okay... Mak dia siap cakap, "Jarang orang2 kita ni yang sanggup rugi dengan cara sponsor orang ni, padahal sebenarnya nanti kita jugak yg akan untung. Mcm ada sorang tu sponsor photography untuk Liana, skarang dia ramai clients dah, dapat bnyk jobs dari orang lain pulak.."

So long story short, finally dia invite aku ke umah untuk diskas2. In return, aku cuma mintak benda kecik2 je sekecik tq tags aku :D - iklan gadisjumaat kat sidebar blog mak dia n kekna, one short entry yg citer pasal tq tags ngan buttons gadisjumaat n yg paling penting tapi aku tak paksa, a brief mention of gadisjumaat's link dalam blog HJ sambil dia menggayakan buttons gadisjumaat di hari persandingan Kekna contohnye.... Nak gak masuk blog HJ tuh! Gahhhh! :D

Cunnye orang anak enam! (>.<)

Kekna si darah manis...


Alisya pon ada.. Comel sgt! :)

Excited membayangkan peluang2 yang akan muncul untuk aku lepas tu! Aku sponsor dalam 1600pcs scallop stickers, setiap satu tu ada tulis 'designed by gadisjumaat.blogspot.com', so I'll reach 1600 people, pastu 1600 orang ni mungkin akan tunjuk tags tu kat orang lain... Jadi numbernya aku yakin bisa berkembang, finally yang penting, translated into profit! Ewahhh...

Mak HJ cakap dia nak kurangkan bajet doorgift ni, dan lebihkan bajet pada makanan, so dorang just bagi lollipop macam famous amos tu. Kat situlah tq tags aku akan dilekatkan..

Cam gambar ni, tapi diorang punye bentuk love.


Aku sampai umah dorang ni ekceli dalam kol 10pm. Lambat sbb mak dia bizi hantar order, so dalam pukul 10pm baru ada kat umah. Memule tu tipis dah harapan nak jumpa HJ sbb dia dalam bilik tengah tido. Tapi nasib baik mak dia suruh adik dia kejutkan jugak sbb nak suruh HJ carikkan source file untuk label Collagen Dust yang mak dia nak order dengan aku! Yaaa aku! Annoying takkk... :D


Ni transparent sticker ni, skali order terus 1100pcs... T_T Aku rasa mak dia jenis taknak makan budi orang sangat kot, sbb tu dia order sticker untuk botol collagen dust ni dari aku untuk contra dengan yg aku sponsor tu kot... (-_-")

Then finally! Hamis Jalikha keluar menayangkan diri. Aku first time tengok rasa berdebar-debar giler, boley tak?? Hahaha... Cunnnn.... N flawless... N tall n slim... Ntah cemana prasaan orang yg jumpe dia hari2... Laki tengok lagilaaa kot.. T_T

Tutup muka sbb malu muka baru bangun tido. Hehee slamber je aku snap, tatahan! :D

Okay tu je! Mak dia invite jugak aku datang majlis tu nanti... Hopefully dapat amek gambar ngan Hamis banyak banyak banyak lagi! Sukaaaa! :))



Jaga diri & stay pretty!

xoxo,

Thursday, November 24, 2011

Exhausted.

Lately rasa penat gilerrrrrr. Awal2 dulu penat tapi under kontrol lagi, sbb maybe aku belum bizi lagi kat tempat keje.

Tapi skang, dari pagi sampai Maghrib aku fokus mengadap coding, berfikir dan terus berfikir, so by the time nak balik tu aku dah rasa tak larat sangat nak drive balik. Jauhhh...

Sri Gombak to Glenmarie Shah Alam jaraknye 38.3km, kalau tak jem langsung dalam 1/2 jam bawak laju dah bleh sampai... Tapi time2 biasa datang keje tu dalam 1 jam gak lah travel. Balik plak antara 1-2jam. Warfff....

Belum cakap lagi pasal tol yg antara faktor menyesakkan fikiran jugak. Pegi balik RM9.90 sehari. Minyak dalam RM70 seminggu. So sebulan dekat RM500 habis kat travel je...

Tapi nasib baiklah semua ni insyaAllah sementara je... Awal bulan 1 insyaAllah kitorang pindah duduk dekat umah abang aku kat Bukit Jelutong. Abang aku n family dia semua duduk kat Arab, n dorang pon belum ada plan nak back for good to Malaysia bila, so aku dengan tak malunye tanya dia, bleh tak aku dok umah dia. Sebab selama ni dia tak pernah sewakan umah tu kat sesape pon. Cuma kakak ipar dia ada datang every week tolong kemas2 umah...

So dia akan balik 19/12 ni n kemas barang2 dia letak setempat, then aku blehlah pindah ke umah dia tu. Hopefully semua berjalan lancar. Aku dah tak sabar sangat nak pindah niiii.... :(

Aku rasa performance aku as a wife makin teruk dengan lifestyle cam skarang. Smalam sampai2 umah aku terus naik ke bilik terus tido. Aku taknak pk ape dah, aku tak sediakan makanan pon kat incik sayang. Yang aku pk cuma nak hilang kejap dari dunia ni. Sampailah dia naik atas n tengok aku tido. Dia usap2 n tanya aku demam ke?

Aku cakap, "Boleh tak yayang nak tido... Yyg tak larat sangat." Then dia cakap, "Okay... B nak turun masak." Aku rasa incik sayang nak suruh aku masak tu tapi aku tak offer diri pon nak masak. Walaupun aku tau dia bab2 lain dia bleh tolong tapi bab masak dia mmg nak aku sediakan untuk dia. Tapi smalam, aku pk, biarlah dia masak sendiri malam ni... Biarlah.. Aku taknak...

So harini dah rasa cukup rehat, tapi sampai skang aku rasa bersalah n rasa tak bes giler sebab tak siapkan makanan untuk dia smlm... Failll sangat... T_T Cemana caranya nak jadi superwoman yg lebey gagah lepasni?? Wuuu...



Jaga diri & stay pretty!

xoxo,

Tuesday, November 22, 2011

I Found Myself Googling 'How To Get Pregnant Quickly' (-_-")

Dah mula rasa berdebar-debar pasal isu pregnancy ni, tambah2 plak baru2 ni tengok cerekarama kat tv3 yang bertajuk PAYUNG EMAS tu... Ngeeee. Mulalaaa dalam kepala macam2 dok pk ngeeeeee...

Abah in law dah mula tidak senang duduk nampaknye bile aku masih takde tanda2 nak pregnant. Orang tua tidak sudi paham ye kalau kita kasik hints pasal family planning ni.. Tapi yelah, kitorg pon planning to get pregnant after setahun, so skang dah kawen setahun sebulan. So silelah bersabar abah...

Aku paham keadaan Abah aku cemana, anak dia 2 orang je, adik ipar aku plak belum kawen. So satu2 harapan dia untuk mendapatkan cucu adalah melalui aku juga adanya.... Aku! Ya aku! Wuwuuu. Belah aku lain, mak aku dah ada 30++ cucu so tidaklah begitu heran adanya bila aku pregnen nnt kot...

Yang aku paling kecik ati aritu time lepas solat subuh jemaah pagi raya puasa, time doa tu, dia terang2 doa cakap, "Ya Allah... Kurniakanlah aku seorang cucu ya Allah...." Dia doa sambil nangis time tu. Aku ni dengan sedeynya sbb raya pertama kat umah mertua, tambah sedihnya lagi bila dia doa camtu... Cam aku ni tak mampu je! Terus pas smayang tu naik atas slow2 masuk bilik pastu nangis dan nangis berbackgroundkan music dalam hati - Dalammmm dingin subuh, hatiku terusik... Kenang nasib diri di rantauan...

Sampai satu tahap aku dah macam Charlotte dalam one of the scenes in Sex & The City. Slalu alert dengan symptoms time ovulation, pastu hitung waktu2 most fertile etcs lantas menarik incik sayang, macam we have to have it tonight!! Gaahhhh! Technical sgt ok, untuk sesuatu yang sepatutnya berjalan secara natural! (>.<)

Then baru ni, ada sedara mara belah incik sayang tanya2 aku dah pregnant ke belum. Yang tu tak kisahlah. Tapi bila siap bagi suggestion pergi berurut peranakanlah... Apa lah... Aku macam aik? Boleh bertenang tak kawan-kawan semua? Agak stress okay... :-|

Apa pon, semoga Allah bagi rezeki baby kat aku dalam masa terdekat nih. Supaya parents aku lebey bahagia, dan aku pon ofkos rasa nak sangat tengok diri sendiri pregnant n merasa dapat anak muke gabungan incik sayang n aku! Dan harapnya dapat bawak baby skali dlm perut time gi umrah insyaAllah bulan 3 ni... Amin!

Thursday, November 10, 2011

Bus To Tempe.

Dulu kalau jalan2 kat tengah2 bandar Sydney, selalu nampak bas ke Tempe. Dalam hati, "Oooh... Ada tempat kat Ostolia nama Tempe? Hihi..". Gelak sendiri dalam hati bila word 'tempe' kat tempat kita ada maksud lain kat tempat orang...

Kalau sekarang macam 12 tahun lepas, dah lama aku amek gambar bas tu n post kat facebook wall jadi bahan gelak ketawa.. Kes kes...


So harini bila aku tengah nak mengkhatamkan entries kat blog ni, aku nampak blogger yg sgt talented nih asal dari Tempe, aku konfiden dahhhh, ni mesti orang ostolia ni!

Rupenye kat US pon ada Tempe... Muhahahaha!

Mana ntah diorang ni dapat nama Tempe? Yang aku tau tempe sedap bangettttt, tahap makan hari2 pon tak kisah! :D



Jaga diri & stay pretty!

xoxo,

Wednesday, November 9, 2011

Cerita Interview.

Hari yang baik untuk apdet blog! Office lengang n tarak keje mashuk... :D

14 Oktober lepas bermulalah episod baru aku kat tempat keje baru. TUJUH interviews aku pergi... Interview ke tujuh baru aku dapat... Huahuaa T_T. Time fresh graduate dulu pun tak seramai ni interviews yang aku pegi. 5 out of 7 interviews tu semua tanya soalan technical. Macam exam pon ada. Contoh soalan macam, "What is data dictionary?", ataupun "What are the steps to upload using BDC?" Fuhhhh.

Masuk interview ke 7 tu mmg aku dah down, rasa cam loser habis, rasa malu pun ye, pastu rasa konfem tak dapat lagi ni.... Mmg rasa taknak attend. Tapi kerna incik sayang kuturutkan... At least cuba kan?

So aku pegi je laa interview tu. Sampai2 kat bangunan ni, terdetik lam hati aku, "Woahhh kalo dpt keje sini, bangganyeee!"



Credit to: shahalamcity.com





Credit to: http://firdausrosli.wordpress.com

Sekali mmg dapat! Gagaga... Dari time interview lagi dah dapat hints yang aku akan dapat keje tu. Pastu interview pulak seronok giler, bergelak ketawa je dgn 3 interviewers time tu, dan takde technical interview! Jadi aku amek peluang tu untuk 'menjual diri' secara besstt! :P

Aku interview tu hari Jumaat, isnin tu dah dapat good news dah... Finally! So bile dorang offer dengan gaji yang sama dengan gaji last aku kat kompeni lama, aku pasrah je lah... Wpon basic salary naik, tapi allowances kurang, so in the end total dia sama je... T_T Aku rasa Allah dah tetapkan kerja ni yang terbaik untuk aku, sebab tu aku tak dapat keje lain n dapat keje ni...

Ada one of the interviews yang aku pergi tu, dia siap gelak kaw-kaw kat aku sbb aku takleh jawab soalan dia. Siot tak? Mmg lah bila kita dah experienced giler, kita rasa soalan semua senang2 je... Mamat2 tu dah experienced dalam 9-10 tahun, betapa jauhnye gap kalo nk bandingkan ngan aku yg 3++years of experience ni... Hangen je. Kalau taknak aku takpelah, tak perlulaa nak gelak2 ishk ishk... Mmg alhamdulillah tak dapat keje situ, takmo aku keje ngan orang with that kind of attitude... :-|

So in the end, sebenarnya aku rasa Allah kasi kerja yang paling sesuai dengan jiwa aku, yang aku rasa bleh stay untuk jangkamasa yg lama... Nak rasa colleagues macam family, nak ada aktiviti2 bes ngan colleagues, nak keje kat satu tempat je, bukan merata tempat ikut projects macam kompeni2 lama b4 this, barulah aku rasa belong to the company... N baru rasa sedia to start a family.

Workload pon setakat nih normal je. Tak terlalu sibuk, tak terlalu free. Okaylah kalau begitu, Alhamdulillah atas kurniaan rezeki...




Jaga diri & stay pretty!

xoxo,

Friday, November 4, 2011

Bukan Adnan Sempit.

Rasa perlu meluahkan... (>_<)

Awal malam tadi lepas balik dari jalan2 kat Mydin USJ, tetibe eksiden sikit kat traffic light.
Orang depan aku stop. Aku pon stop laa belakang dia kan.

Tiba-tiba aku perasan kete dia makin mengundur-mengundur... Masa tu jauh lagi jarak aku ngan dia, so aku hon-hon banyak kali tapi takde effect. Bile last minute sangat, time aku tengah berkira2 nak reverse sikit, tiba-tiba bam!


Selamatlah sudah bontotnye mencium depan Chuck... Aku ingat nak teruskan perjalanan je, sbb aku rasa impact eksiden tu sikit sangat. Tapi orang depan aku bagi signal suruh berenti tepi jalan... Aku pk, "Oh, dia nak mintak maaf kot..."

Bila sampai kat tepi jalan, aku tengok driver dia orang melayu in his late 20's camtu, keluar kereta dengan kawan lelaki dia lagi sorang. Aku tengok kete aku okay, n kete dia pon okay, so aku tanya, "Hehe. Tak prasan ke saya hon banyak2 kali tadi... Nape kete mengundur tu...", kata aku dengan riang ria.

"Eh saya tak mengundur lah, akak yang mari ke depan..."

"Aik? Manade.... Akak brek abis, akak tengok kete awak makin mengundur...", amagaddd.... Apekah ini! Time ni jantung aku dah lari pecut dah. Macamana samting yang kita rasa sangat yakin bukan salah kita, tiba-tiba jadi macam salah kita pulak ni?? Wuuuu...

"Ishk saya kete auto, mana saya masuk gear reverse tadi..."

"Yelaa mmg tak masuk gear reverse, kete awak yg mengundur sendiri..."

"Eh, doklah kak, kete auto. Takkanlah tiba2 saya mengundur..."

"Iyaaa... Mengundur... Akak nampaklah... Tu yang akak hon banyak2 kali takkan tak sedar kot..."

Dia diam macam berfikir kejap. Pastu dia cakap, "Tak... Saya kat gear N tu... Tak gerak lah..."

"Ishk tapi akak yakinlah akak nampak kete awak mengundur... Mestilah jalan tu tak rata.. Akak nampak space depan kete awak tu makin besar, maksudnya awak mengundur laa."

"Dok kak... Mana ada...". time ni kawan dia pon ada menyampuk2.

"Abestu nape bile dah langgar tu awak pegi ke depan? Maksudnya mmg ada space laa depan kete awak kan..?"

"Dokkk, tu sbb lepas kete kena langgar, jadi kerete melompat ke depan..."

Blablabla ckp pasal undur-tak-undur-tak... Time ni bumper seblah kanan dia makin jatuh. Tadi nampak takde apa sangat. Pastu last2 mamat tu cakap, "Doh, takpolah kak, doh kak kato sayo mengundur...", kata dia penuh sopan. Kesian pulakkkk bila melalui situasi begini dengan orang baik2 camni.

"Ala... Jgnlah camni. Tp itulah yg akak rasa tadi... Sbb tu akak hon-hon banyak kali... Takkan akak hon bila akak sendiri yang pergi ke depan kot..."

Blablabla, aku masih rasa bukan salah aku. Yelah, sapa yg nak menyalahkan diri sendiri kan. Dalam masa yg sama, aku terpk2 jugak kot ada possibility aku yang menuju ke arah dia. Kot laa aku still dalam gear drive wpon aku tak tekan minyak kan... Adakah aku berhalusinasi?? Warff. Tp seriously, takkan aku tak tau beza bila aku yang menghala ke arah dia, dengan bila dia yang menghala ke arah aku? Warffffff sakit kepala malam2 camni bila cuba recall exactly cemana keadaan time eksiden tadiiiiiiiiiiii... T_T

So last2 aku tatau nak buat apa, aku mintak no. phone dia tadi, aku kata biar aku pk dulu. Then dia suruh aku miskol dia. Aku miskol je laa. Dahlah time2 camni laa incik sayang outstation, padahal bukan slalu pon bliau outstation tsk tsk....

Eh tapi aku rasa taklaa... Kita mmg bleh beza bila kita yg menghampiri kenderaan depan, dengan bila kenderaan depan tu yg mundur ke arah kita. Buktinya time traffic jam tu, aku sentiasa sedar je kete depan tu benti, n aku yg menghala ke arah dia. Kalau dia yang mengundur, keadaan dia lain. Tapi, biasanya bila kereta kita berundur ke belakang tanpa sengaja, mmg kita tak prasan kan??? kan?? T_T

Tengok aku dah cakap ulang2 pi mai pi mai tang tu jugak... Serabut okehhhh... Terpk nak 50-50 share tapi incik sayang cakap jangan sbb mamat tu yg gear N, so mmg ada possibility dia berundur... Warfff... Semoga Allah bagi hidayah kat mamat bernama Adnan tu bahwasanya beliau yang mengundur... Dan semoga benda ni betul2 bukan salah aku... :((



Jaga diri & stay pretty!

xoxo,